Thursday, December 20, 2012

# bakal guru pendidikan kimia #












kami...... layan .... zasssssss >>>>>>>>>>>>>>
ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Wednesday, December 19, 2012

ヅ Last assigment in sem 3 ヅ

Assalamualaikum wbt... tgk2.. di semua entry aku mesti didahulukan dengan salam. actually salam tu tak wajib tapi menjawab salam tu yang wajibnya... betul kah? mohon kepada yang mengetahuinya untuk membetulkan kesalahan yang ada.. ni kali kedua aku update blog... kali ke dua???? mana entry yang pertama. haaaaaa... entry yang pertama tu aku xpublish pom sebab entry tu terlalu personal. hanya untuk aku sendiri. entry yang penuh dengan sadis.. hahaha... menititis air mata time menaip entry yang pertama...

tapi time aku menaip entry yang kedua ni, aku dalam keadaan yang nervous + mengantuk + blurr + entah apa2. hahaha... aku baru jur lepas berlatih untuk present esok. berdebar gilerrr... presentation yang pertama aku tak perform sangat. tapi ........ presentation yang kedua ni a.k.a yang last untuk semester 3 ni akan aku perform sebaik baik nya. mesti korang fikir 2 jur presentation??? sikit nya... mana ada sikit.. ni presentation untuk subject cell biology... subject lain tak kira lagi... kalau kira sume penat tangan aku ni. ahahaha...

penat ka? blogger mana reti penat sebab benda ni dah jadi hobi... pendapat aku la... blog ni melatih kita untuk menghasilkan idea-idea dan menjadikan kita seorang yang tak pandai mengarang jadi pandai mengarang.. apa ayat aku ni... maaf ayat berterabur.. malas nak fikir betul ke tak sebab mata dah tak leh nk bukak luas sangat. minggu ni ada lah minggu ke 14 dan minggu depan adalah minggu study week.. then, muncullah minggu final exam...

memandangkan esok last esiment aku... aku nak pulun habis2... nak pulun macam mana.. masa yang diberikan untuk present hanya 15 minit jah... kami kesuntukan masa.. semua group akan present esok... kelas 2 jam ja... tapi lecturer aku nak ambik masa sikit untuk discuss tentang soalan yang keluar.. bagus tak lecturer2 kami... sebab tu aku sayang semua lecturer aku. hahahaha


k lah.. panjang sangat dh entry ni.. jum p iron baju kurung.. esok pakai lawa2 sikit seperti hari lain.. lawa macam mana tu.. muka tak perlu letak bedak... ala touch up la sikit dgn eyeliner.. kihkihkih

projek experiment untuk present esok


 pokok yang di experiment kan...
yang berbalut dengan aluminium foil sebab xmo bagi cahaya masuk..
tapi carbon dioxide boleh masuk (buat lubang)



 tgk solution tu jadi warna hijau
sebab chlorophyl dah dissolved selepas di panaskan
dalam tu bukan air tapi alcohol 95%



 daun yang perlu dipanaskan supaya ia menjadi lembut
then akan di gumpal2 jadi kecik



 lepas buang solution yang jadi hijau tu
letak iodine untuk kaji kehadiran starch
kalau daun tu turn to dark blue
result kami positif lah... hehhe



wah2... aku la tuh.. action jur lebih
thanx azni sebagai juru camera
actually kami duaorang jur yang buat experiment ni
lagi 3 orang ghaib.. hahaha
takpe takpe siap korang esok present
korang kena present lebih sikit
qadha yang korang tak buat experiment..
jahatnya aku dera orang.. kahkahkah,,
gurau jur la...


bubye awop awop sume....
(^_^)

ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Wednesday, November 14, 2012

# Salam Maal Hijrah 1433 #

Assalamualaikum wbt warga blogger..

SALAM MAAL HIJRAH SEMUA !!!

meh, kita sama2 baca doa awal tahun dan akhir tahun..






 "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu" (Ibnu Abbas)

----------------
Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada hari akhir bulan Zulhijjah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak 3 kali selepas waktu maghrib pada malam 1 Muharam.

Selepas doa awal tahun dibaca, berkatalah syaitan, "kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas doa akhir tahun dibaca, syaitan berkata, "telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".




Salam Maal Hijrah untuk sayang sayang saya sume (^_^)

ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Friday, November 02, 2012

# istimewanya surah Al-Fatihah #

Assalamualaikum wbt.... Memberi salam itu wajib kan.. jum ke slot islamik... !! yeay !! Nak kongsi sikit ilmu yang ada.. Semua umat islam mesti tahu membaca surah Al-Fatihah sebab ayat ni adalah ayat wajib yang perlu kita baca dalam solat.. Ke ada umat islam yang dah tua bangka still tak menunaikan rukum islam nie? mintak-mintak takde la ye yang macam tu.. Tidak sah solat tanpa membaca surah ini. Surah al-Fatihah juga dipanggil sebagai Umm al-Qur'an (ibu al-Qur'an) atau Umm al-Kitab (ibu al-Kitab). tahu tak apa maksud ayat-ayat yang terkandung dalam surah Al-Fatihah nie?. Mungkin sesetengah sahaja yang tahu. Meh kita share sama2 maksud dan keistimewaan surah nie.




Maksudnya : 
" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang (1). Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam (2). Yang Maha Pengasih dan Penyayang (3). Pemilik hari pembalasan(4). Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan(5). Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (7)."

Istimewanya surah ini kerana:

(1) Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara menyeluruh, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti aqidah, ibadah, tasyri’, iqtikad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadah, meminta pertolongan dan do'a kepada Allah s.w.t.

(2) Al-Fatihah adalah nur (cahaya) yang hanya diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, tidak kepada Nabi-nabi yang lain. Allah akan mengurniakan segala hal yang terkandung dalam makna Surah tersebut.

(3) Al-Fatihah adalah surah paling agung di dalam al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad (15670), al-Bukhari (4474), Abu Daud (1458), an-Nasaa-i (912), Ibnu Majah (3785) daripada Abu Sa’id al-Mu’alla RA katanya:
Aku pernah mengerjakan solat di Masjid, lalu Rasulullah SAW memanggilku tetapi aku tidak menjawabnya. Aku berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku tadi sedang solat. Baginda bersabda: Tidakkah Allah berfirman: “Sahutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu”(al-Anfaa-l:24). Kemudian Baginda SAW bersabda: Aku akan mengajarkan kepadamu satu surah yang mana ia merupakan surah paling agung di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid. Kemudian Baginda SAW memegang tanganku, ketika Baginda hendak keluar aku berkata kepadanya: Tidakkah tadi engkau ada menyatakan akan mengajarkan kepadaku satu surah paling agung di dalam al-Quran? Baginda SAW bersabda: Al-hamdulillahi Rabbil ‘Aa-lamin (Surah al-Faa-tihah), ia adalah tujuh ayat yang di baca secara berulang (yakni pada setiap rakaat) dan al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku.
(4) Paling Besar (A’zham)

Abu Said al-Ma’alli r.a., katanya : “Aku sedang solat, lalu dipanggil oleh Rasulullah s.a.w., maka tak dapat aku menyahut. Sesudah aku selesai solat, aku datangi baginda, Rasulullah berkata : Kenapa engkau tidak segera mendatangiku ? Aku menjawab : Kerana aku dalam bersolat ya Rasulullah.Berkata Rasulullah : Bukankah Allah sudah berfirman : 'Hai orang-orang beriman, sahutilah seruan Allah dan Rasul bila menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu'. Kemudian baginda berkata : 'Aku akan mengajarkan kepadamu sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an sebelum engkau keluar dari masjid ini'. Ketika Rasulullah akan keluar dari masjid, baginda memegang tanganku, lalu aku berkata : 'Ya Rasulullah, Engkau mengatakan mau mengajarkan kepadaku sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an.'Berkata Rasulullah : 'Ya, ialah al-Hamdulillahi Rabbil “Aalamin (dan seterusnya), ialah 7 ayat yang berulang-ulang, dan itulah al-Qur’an al-‘Azhim yang telah disampaikan kepadaku” (Hadis Riwayat Bukhari, Abu Dawud, an-Nasa’i)

(5) Membaca surah Al-Fatihah sama seperti membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.
Diriwayatkan dari Sayyidina Ali bin Abu Talib k.w. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata maksudnya: "Siapa yang membaca Al-Fatihah, maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil dan al-Furqan (al-Qur'an).

(6)  Hanya kepasa Nabi Muhammad s.a.w. sahaja diturunkan.

(7) Langsung dari Arasy.

(8) Aman dari segala bahaya.

Diriwayatkan oleh al-Buzar dari Anas r.a.: Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Bila engkau baca al-Fatihah dan Qul Huwallahu Ahad maka amanlah engkau dari segala sesuatu, kecuali dari maut".

Sekin sahaja ilmu kita pada kali ini. Nantikan ilmu seterusnya dari saya.
 Moga kita memperoleh anak yang soleh dan solehah. amin


 tak perlu menjadi yang terbaik. tapi wajib berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Waalaikummussalam wbt



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Friday, June 29, 2012

TiBa -TiBa TerinGaT WakTu DuLu2..

seandainya kau ada disini denganku
mungkin ’ku tak sendiri
bayanganmu yg selalu menemaniku
hiasi malam sepiku
kuingin bersama dirimu

ku tak akan pernah berpaling darimu
walau kini kau jauh dariku
‘kan slalu kunanti
karena kusayang kamu

hati ini selalu memanggil namamu
dengarlah melatiku
kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
takkan pernah ada yg lain

adakah rindu di hatimu
seperti rindu yg kurasa
sanggupkah kuterus terlena
tanpamu di sisiku
kukan selalu menantimu

slmt tnggl...............................................

 from sahabat pertama masa masuk sekolah
SMK SRI GUNUNG
His name is Muhammad Zulsyahmi Amzar

thanx my beloved frenz

ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Tuesday, June 12, 2012

"Gentlenya" seorang lelaki...

lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita
lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya
lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya
lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati
lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya
oleh itu, wahai kaum Adam...
Jadilah pelindung kepada kaum hawa dengan tidak memandang mereka
jadilah pelindung kepada mereka dengan menambahkan ilmu dengan amalmu
supaya nanti apabila tiba masanya,
dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati
jadilah pelindung kepada mereka dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu
jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu
Lelaki yang pintar xkan sesekali gentar 
apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya
kerana dia sedar itulah wanita sejati
yang mempunyai harga diri
yang takut pada Allah swt 
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status "single"
kerana dia tahu dengan izinNya kelak
dia akan berjabat tangan dengan seorang wali
yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati
meskipun dengan niat yang suci
kerana dia sentiasa menyedari
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni
kerana dia mengakui
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"
ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati...




"kredit to ahli-ahli masjid al-Falah KMP gen 10/11"


ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Thursday, June 07, 2012

kaJiaN TenTanG aiR Di HuLu SelanGoR ~

Assalamualaikum wbt.... lama sudah aku xupdate status.. faham2 lah aku ni student.. so susah sikit nk luangkan masa bersama blog.. disebabkan lama sangat aku xupdate, aku nak share sikit gambar2 aku dan classmate pergi hulu selangor buat kajian ke atas air.. air tu ok ke x.. pH dia rendah ke tinggi...... maaf lah sebab xdapat nk bercerita dengan lebih lanjut lagi.. aku hanya nak penuhkan entry jerk. hahaha.. jumpa lagi.... bubye sahabat blogger ~

chemistrian students

uji air guna detergent ~ (lupa)

gud luck kamu semua


ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Friday, April 06, 2012

HaPPy BirThDaY To Me.... ^_^

Kembali lagi bersama blog ku yg tercinta ~
lama dah tak update, biasa lah hidup menjadi budak2 university ni memg busy.. tambah2 kita yang bakal jadi seorang guru. hahaha... cerita ni dah basi tapi saja aku nk cite sebab kejadian ni terlalu indah.

tanggal 09.03.2012, termasuklah aku ke golongan orang yang berumur 20an. No more childish behavior, perhaps. hehehe.... Surprise dari housemates tercinta yang buat aku bingung....mana tak bingung tidur kul 11.30 malam, tiba2 diorang kejutkan kul 12 malam. otak baru nak rest tiba2 terkejut. bingung la jadinya..  memg exellent r plan diorang. reaksi muka memg menjadi r.. xde senyum pon...

pada hari masa celebrate tu (08.03.2012), aku memang dari pagi ag takde kat umah sebab kelas dari kul 8 sampai kul 7... sampai kat umah time maghrib, penat tuh kelas tak henti2.. tapi penat tu hilang lah sebab kul 12 nanti kat menjelangnya umur aku yang ke 20.

balik2 jer bukak pintu semua buat muka bodoh macam takde pape yang berlaku.. aku yang seronok ni buat annoucement bahawasanya esok bufday aku, boleh diorang buat tak taw n buat2 banyak keje.. aku pom masuk bilik n study je lah. pastu online macam biasa.

pada kul 11.30, time tu aku ngah online.. rumate aku (zue) ni pon ajak masuk tidur. time tu lak aku ase macam dah mengantuk sangat. dia siap tolong tutupkan lampu ag. tak samapi 5 minit aku terus terlena di buai mimpi... sampai je kul 12. tubuh n otak aku terus terkejut 5 orang datang serbu masuk dalam bilik bawak kek. memag terkejut n ase nak nangis lah.. dah lah aku ni jenis yang tak boleh bangun secara terkejut...

wahai rumate rumate ku sekalian.. tunggu lah masa nya nanty akan ku balas dengan lebih mendalam lagi.. hahaha.. terutama kau zue.. hekhekhek... (^_*)

 hadiah dr classmate yang jauh nun d cna...

kalut je budak tudung merah tuh .......!!!
huhuhu


classmates (^_^)

bubye.. jumpa ag


ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Thursday, February 23, 2012

icT WiTh My kAzeN....

Sehari sebelum daftar for da second sem, aku jalan2 dulu... aku suruh Shah Ril dtg ambik aku kat putrajaya sebab aku nak ajak apis..  pergi ramai2 bru best kan.. aku plan nak g awal2 lah kat ict tu.. tup2 pergi malam gak.. sebab pergi malam leh tgk lampu... macam budak2 ... huhuhu..

plan sebenar nak pergi sikit jer.. last2 3 buah kete... kuakuakua... sampai jer kt ict terus g makan kedai mamak.. mahal tu xpe lah.. tp yang xpatut nya makanan tu pedas n tak sedap... lain kali kalau pergi kena on the spot dh tak nak pergi kedai mamak tu ag...

banyak lah permainan yang ada.. first permainan yang aku tengok.. kita kena lempar gelung kecil tu sampai dia tersangkut kt botol... kalau tersangkut dapat teddy bear.. hehhe.. bagi yang kapel tu mesti sweet bila dapat... nak main tu kena lah beli tokan RM4... hhaahah.. klu xkena memang membazir r tu...

kita orang balik kul 2.30, rasa penat bru nak balik.. hekhek... pasni ingat nk g desa water park lak.. hahahah...

 

tiga orang perempuan.... ;)

   
my kazens and friends..... ;)


ict.... ;)

bubye.... !!
 

ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Tuesday, February 21, 2012

SeCoNd SeMesTeR. . . =)

result dah dapat !!!!!! sekarang ready tuk menghadapi stress sem two lak. ahahakss..

sebelum result kuar ::
---> sibuk aku duk tanya member2 aku bila result nak keluar.... hahahaha
---> slalu bukak myupsi portal kowt2 result dh kuar.
---> berdoa dan tawakal apa yang bakal aku dapat..... huhuhu

semasa nak check result ::
---> kalut duk tanya member dorang dapat wape
---> berdebar2 takut result down n xcapai target
---> siap ngan terbayang2 apa yang akan terjadi bila dapat result rendah (kena marah lah,, huhu)

selepas check result ::
---> alhamdulillah.. dapat dean list
---> aku buat parents aku bangga dengan aku
---> terima kasih Allah sbb makbulkan doa aku..

now.... im in second semester.... wish me luck uolss.. hehehe...
new semester, new campus even mostly xsiap ag, n new car.
campus yang luas menyebabkan aku banyak tidow...

nak tengok budak gemooot x??
happy happy pom tak selamanya kita happy kan...
so..... kita kna berusaha lagi.. caayok ....!!! caayok....!!!


ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Sunday, January 15, 2012

holiday sem one dah sampai... ^_^

Assalamualaikum wbt.
xbg salam nanti berdosa pulak aku.. aku tulis blog kali nie sbb aku dh terlampau boring sangat. sampai xde kerja lain nk buat. rumah aku dah kemaskan sebelum nak balik esok, siap lap katil, almari, meja study lagi. rajin tak aku...? hahaha

sebenarnya aku pun xtahu nak buat apa... sebab tu aku kemaskan rumah. lagipun, rumate aku pun dah balik sabah. so, tinggallah aku dalam balik sorang2. nasib baik ada ag housemate 2 orang yang xbalik...hahahaa. . aku dengan gembiranyer esok exam paper kenegaraan yang aku terlampau suka sangat, pastu balik gombak dulu sebelum balik kelantan. hari selasa baru mak sedara aku hantar LCCT. flight aku kul 5, sempat lagi la aku nak jalan2 dulu. hehehe

xsabar aku nak balik kelantan, jumpa ma dan abah aku yang tersayang. . dah lah ma aku kurang sihat sekarang, mesti terlampau rindu sangat kat anak dia nie. ngeh3x. . . yang aku bertambah tak sabar nak balik sebab rindu nak bergaduh dengan adik aku... agak2 dia tengah buat apa yer sekarang mesti tengah boring sebab kakak dia xde,.... hahaha

perasaan nak balik kampung ni memang jelas lah kt muka aku. aku siap plan ag nak pergi mana dengan parents aku. holiday la katakan, sbulan je pun, takde la lama sangat cuti.. pape pun bersyukur la daripada xcuti langsung. rehat minda dulu jap, nanti sem dua subjek bertambah rumit. k lah, aku out dulu....

haaaaa, aku ada lah sikit gambar tanak bagi korang boring dengan blog aku nie. gambar ni masa aku pergi kL dengan housemates aku. gap paper yang ke 2 dengan ke 3 lama sangat sampai seminggu. so, aku bawa lah member aku ni pergi maen dalam TIMES SQUARE THEME PARK.









ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ