Wednesday, November 14, 2012

# Salam Maal Hijrah 1433 #

Assalamualaikum wbt warga blogger..

SALAM MAAL HIJRAH SEMUA !!!

meh, kita sama2 baca doa awal tahun dan akhir tahun..






 "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu" (Ibnu Abbas)

----------------
Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada hari akhir bulan Zulhijjah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak 3 kali selepas waktu maghrib pada malam 1 Muharam.

Selepas doa awal tahun dibaca, berkatalah syaitan, "kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas doa akhir tahun dibaca, syaitan berkata, "telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".




Salam Maal Hijrah untuk sayang sayang saya sume (^_^)

ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Friday, November 02, 2012

# istimewanya surah Al-Fatihah #

Assalamualaikum wbt.... Memberi salam itu wajib kan.. jum ke slot islamik... !! yeay !! Nak kongsi sikit ilmu yang ada.. Semua umat islam mesti tahu membaca surah Al-Fatihah sebab ayat ni adalah ayat wajib yang perlu kita baca dalam solat.. Ke ada umat islam yang dah tua bangka still tak menunaikan rukum islam nie? mintak-mintak takde la ye yang macam tu.. Tidak sah solat tanpa membaca surah ini. Surah al-Fatihah juga dipanggil sebagai Umm al-Qur'an (ibu al-Qur'an) atau Umm al-Kitab (ibu al-Kitab). tahu tak apa maksud ayat-ayat yang terkandung dalam surah Al-Fatihah nie?. Mungkin sesetengah sahaja yang tahu. Meh kita share sama2 maksud dan keistimewaan surah nie.




Maksudnya : 
" Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang (1). Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam (2). Yang Maha Pengasih dan Penyayang (3). Pemilik hari pembalasan(4). Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan(5). Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (7)."

Istimewanya surah ini kerana:

(1) Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara menyeluruh, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti aqidah, ibadah, tasyri’, iqtikad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadah, meminta pertolongan dan do'a kepada Allah s.w.t.

(2) Al-Fatihah adalah nur (cahaya) yang hanya diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, tidak kepada Nabi-nabi yang lain. Allah akan mengurniakan segala hal yang terkandung dalam makna Surah tersebut.

(3) Al-Fatihah adalah surah paling agung di dalam al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad (15670), al-Bukhari (4474), Abu Daud (1458), an-Nasaa-i (912), Ibnu Majah (3785) daripada Abu Sa’id al-Mu’alla RA katanya:
Aku pernah mengerjakan solat di Masjid, lalu Rasulullah SAW memanggilku tetapi aku tidak menjawabnya. Aku berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku tadi sedang solat. Baginda bersabda: Tidakkah Allah berfirman: “Sahutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu”(al-Anfaa-l:24). Kemudian Baginda SAW bersabda: Aku akan mengajarkan kepadamu satu surah yang mana ia merupakan surah paling agung di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid. Kemudian Baginda SAW memegang tanganku, ketika Baginda hendak keluar aku berkata kepadanya: Tidakkah tadi engkau ada menyatakan akan mengajarkan kepadaku satu surah paling agung di dalam al-Quran? Baginda SAW bersabda: Al-hamdulillahi Rabbil ‘Aa-lamin (Surah al-Faa-tihah), ia adalah tujuh ayat yang di baca secara berulang (yakni pada setiap rakaat) dan al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku.
(4) Paling Besar (A’zham)

Abu Said al-Ma’alli r.a., katanya : “Aku sedang solat, lalu dipanggil oleh Rasulullah s.a.w., maka tak dapat aku menyahut. Sesudah aku selesai solat, aku datangi baginda, Rasulullah berkata : Kenapa engkau tidak segera mendatangiku ? Aku menjawab : Kerana aku dalam bersolat ya Rasulullah.Berkata Rasulullah : Bukankah Allah sudah berfirman : 'Hai orang-orang beriman, sahutilah seruan Allah dan Rasul bila menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu'. Kemudian baginda berkata : 'Aku akan mengajarkan kepadamu sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an sebelum engkau keluar dari masjid ini'. Ketika Rasulullah akan keluar dari masjid, baginda memegang tanganku, lalu aku berkata : 'Ya Rasulullah, Engkau mengatakan mau mengajarkan kepadaku sebesar-besar surah di dalam al-Qur’an.'Berkata Rasulullah : 'Ya, ialah al-Hamdulillahi Rabbil “Aalamin (dan seterusnya), ialah 7 ayat yang berulang-ulang, dan itulah al-Qur’an al-‘Azhim yang telah disampaikan kepadaku” (Hadis Riwayat Bukhari, Abu Dawud, an-Nasa’i)

(5) Membaca surah Al-Fatihah sama seperti membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an.
Diriwayatkan dari Sayyidina Ali bin Abu Talib k.w. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata maksudnya: "Siapa yang membaca Al-Fatihah, maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil dan al-Furqan (al-Qur'an).

(6)  Hanya kepasa Nabi Muhammad s.a.w. sahaja diturunkan.

(7) Langsung dari Arasy.

(8) Aman dari segala bahaya.

Diriwayatkan oleh al-Buzar dari Anas r.a.: Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : "Bila engkau baca al-Fatihah dan Qul Huwallahu Ahad maka amanlah engkau dari segala sesuatu, kecuali dari maut".

Sekin sahaja ilmu kita pada kali ini. Nantikan ilmu seterusnya dari saya.
 Moga kita memperoleh anak yang soleh dan solehah. amin


 tak perlu menjadi yang terbaik. tapi wajib berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Waalaikummussalam wbt



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ