Monday, July 16, 2018

Evening Primrose Oil

Assalamualaikum w.b.t

Aku kembali dengan azam yang baru. InshaAllah aku akan update blog ni balik from time to time. Mungkin masih ada peminat setia yang ingin mengetahui perkembangan aku yang terbaru. kalau tak ada yang baca pun tak apa. Asalkan ada tempat untuk aku bercerita. Aku nak kembalikan nurshuhailasue yang dulu. Seorang yang periang, peramah dan pencerita yang penuh reaksi di muka.

Kali ini aku nak bercerita mengenai supplemen yang aku baru consume pada 04 Julai 2018. Kisahnya bermula aku didatangi bisul pada awal bulan 4. BISUL weyhhh... Bila bercakap pasal bisul ni, orang akan anggap kita ni seorang yang pengotor, tidak menjaga kebersihan. Aku dah pelik, sabun dalam bilik mandi pakai dettol, mop lantai rumah pun guna dettol. Bisul ni naik di bahagian misai pulak tu, terpaksalah pakai mask pergi sekolah. Sampai lah aku rasa tidak selesa, aku pergi klinik. Keputusan darah aku ok. MA tu bagi prolase untuk surutkan bengkak, antibiotik cloxacilin dan ubat tahan sakit. At the same time, cuba juga cara tradisional letak kapur makan tu.

Bila dh sembuh, selang 4 minggu, naik lagi sekali di dagu. Terpaksalah aku pakai mask di sekolah. Malu beb naik bisul ni, orang akan cop kita ni pengotor. Selang lagi 4 minggu, datang lagi bisul buat kali ke 3 dekat bawah pinggang. 3 hari lagi nak raya puasa dia datang tanpa DIJEMPUT. Dan kali ke 4 bahagian peha dua minggu selepas raya. Aku pun pergi lah farmasi, ceritakan kes ni pada pegawai farmasi. Kemudian dia suggest kat aku Evening Primrose Oil nie, katanya bisul aku naik tak henti-henti sebab darah kotor dalam badan. For your information, aku memang dah tak datang bendera merah 2 bulan. So, aku fikir betul jugak. Then, aku pun terfikir nak panggil orang yang buat service berbekam.

Selepas seminggu aku consume EPO ni, berbendera aku datang dan aku rasalah ada perubahan pada badan aku ni macam ringan je... acececece bukan berat badan ye yang ringan. tapi tak tahulah macam mana nanti. Kalau bisul ni datang jugak, terpaksa lah aku pergi klinik cek darah lagi.

EPO ni dia datang dalam bentuk capsule, dalam capsule tu ada cecair berminyak dari tanaman Evening Primrose. Tanaman ni adalah tanaman liar yang banyak ditemui di kawasan Amerika Timur dan Amerika Utara. Aku tahu benda ni pun sebab aku banyak selidik jugak la. Kita kena tahu apa yang kita makan.



So, ini lah bunga evening primrose ni dan capsule yang aku makan. Aku ambik 2 capsule setiap pagi selepas makan. Kes aku ni, bisul bertimbul2 kan, jadi aku nak cepat berkesan aku ambik 2 capsule. tapi nnti bendera aku dah ok, boleh la ambik sebiji je seminggu.


EPO ni datang dari pelbagai jenis brand. Aku beli brand SHINE sebab time pegawai farmasi tu suggest aku ya kan je sebab dah terdesakkan, tak tahu macam mana nak pulihkan penyakit ni. But, Finally darah kotor dah keluar dan aku harap bisul ni tak menyinggah lagi.


Sekian...
ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ