Saturday, January 12, 2013

♥ erti sebuah perkahwinan ♥

Assalamualaikum wbt... seperti yang aku bagitaw pada entry yang sebelum ni.. aku akan update entry pasal erti sebuah perkahwinan... tapi sorry k, aku terpesong sedikit kandungan entry nya sebab aku ase entry kali ni biar la sesuai dengan aku yang baru usia 21 ni... hurm.. berdebar lak aku... sape tak nak kawen !!! hahaha... Sape tak nak ada keluarga sendiri kan... aku nak semua.. kihkih... bukan tamak eh... semua orang nak kecapi kebahagiaan yang dihiasi dengan keredhaan Allah swt.. Tanpa keizinan dariNya, semua benda yang kita rancang takkan menjadi... dan jangan lupa untuk bersyukur apabila segala yang dirancang menjadi.... hehehe.. bagi ceramah lak.. sekadar nasihat jur wahai sabahat2 ana sekalian...

Apa pendapat awop2 sume sal topik kahwin tambah2 kalau kahwin di usia muda ni?? sekarang ni aku banyak dengar pasal benda ni especially kengkawan aku ler.. aku sendiri pun insha Allah, nak jugak kahwin awal. banyak sebab kenapa aku decide nak kahwin awal... Cuma tunggu masa + kewangan yang stabil jur.

ada yang kata, perlu ker kahwin awal ni? umur baru setahun jagung, belajar tak habis ag... banyak tanggungjawab yang kena pikul, laki tu dah matang ke belum, ekonomi dah betul2 stabil ker?? ppuan tu yakin ke leh jaga makan minum suami, nak bahagi masa antara suami dengan study ag, itu lah ini lah... so, banyak persoalan yang timbul...  tapi.. setiap persoalan tu boleh dijawab dengan penuh keyakinan... inshaa Allah...satu jur yang aku menentang, kalau remaja tu nak kawin awal sebab nak lari dari keluarga.. pantang wo..... kalau kita ada masalah.. selain dari suami, kita juga memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. bukan perasaan nak kutuk suami.. tak boleh la macam tu... tak baik.. tak mo tak mo tak mo (dengan nada kiut, haha)..

Perkahwinan ni adalah suatu ikatan yang termeterai di antara pasangan lelaki dan perempuan melalui lafaz aqad ijab dan qabul yang menghalalkan mereka melakukan persetubuhan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam. dengan adanya ikatan hubungan yang halal serta cara yang bermaruah ini, darinya manusia mampu untuk melahirkan zuriat dengan jalan yang suci sertai disukai Allah swt.

Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya".

Kenapa kita berkahwin?? sebab nak halal?? sebab bila dah halal boleh buat sesuka hati dengan suami mahupun isteri?? mungkin itu salah satu daripadanya kenapa remaja zaman sekarang berkahwin di usia yang muda. tapi ada lagi alasan yang kukuh kenapa kita berkahwin tidak kira awal mahupun lewat.. 

(1) BERKAHWIN KERANA IBADAH. perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu tetapi atas tuntutan agama serta memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."

(2) BERKAHWIN KERANA CINTA DAN KASIH SAYANG. Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Kebahagiaan hadir dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta di antara suami isteri berpaksikan Islam. Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

(3) BERKAHWIN KERANA TARBIYAH DAN PENDIDIKAN. Pendidikan dijadikan tema dalam sesebuah perkahwinan. Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:
"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."

(4) BERKAHWIN KERANA INGIN MENDAPATKAN ZURIAT. Allah SWT telah berfirman : "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (QS an-Nisaa’)
 

aku ambik sumber dari laman iluvislam.. nanti korang serve la yerp.. banyak infomasi berguna dalam laman tu.. best...

Perkahwinan yang mampu mengekalkan kebahagiaan adalah suatu perjalanan hidup pasangan suami isteri yang tabah dan cekal dalam menyelesaikan segala masalah. So, lakar lah dan hiasilah perkahwinan kita seperti bunga mawar yang sentiasa mekar walaupun kita tahu banyak duri yang bakal kita tempuhi. tapi, jika kita saling bertolak ansur dan saling mempercayai antara satu sama lain, inshaa Allah rumahtangga kita selamat...

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.
Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.


 Inshaa Allah....



bubye awop awop sume...
 

ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Thursday, January 10, 2013

♥ erti sebuah pertunangan ♥

Assalamualaikum wbt.. setelah seminggu aku bercuti sebab gap exam yang terlalu lama... aku kembali di bumi Tanjung Malim skima tak? dan sesudah sampai jur di rumah, aku terus pengsan tengok bakul dipenuhi dengan baju yang tak terbasuh. hahaha... selesai jur basuh sume, aku ajak rumate and housmate pergi servis kete aku.. sebab ahad ni aku nak bertolak balik kelantan.. eeeee.. kuatnya aku balik.. dakpe lah... ag pun kepala hotak aku ni tengah risau kat kakak aku yang sedang di rawat kat husm tu.. moga kakak aku bertambah sihat.. amin..

kembali kita ke segmen yang aku taip tuh... apa erti sebuah pertunangan??? hurm...

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (war-warkan) perkahwinan". (Hadis riwayat Ahamd dari Abdullah bin Zubair).

pada pandangan aku lar an..pertunangan tu adalah satu ikatan yang masih lagi tak menjaminkan bahawa kita (perempuan) menjadi hak milik lelaki sepenuhnya.. aku kata macam ni sebab pertunangan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan. Hubungan yang berstatuskan "tunang" masih lagi mempunyai batas yang dibenarkan syarak, bukan seperti suami isteri yang sah. korang faham kan?? bagi aku lagi... pertunangan tu semolek-moleknya dirahsiakan....betul tak??? berkahwin sunnahnya digembar-gemburkan. kalau boleh bukan setakat satu kampung, satu kelantan kita ajak.. kan3?? tapi, kalau ramai sangat yang datang sebab jemput satu kelantan. tak cukup lauk-pauk nanti.. takpe, tukang masak ramai... heheheheh

ada pasangan yang bertunang sebulan terus putus, ada sampai 2 tahun, dan ada jugak sampai ke jinjang pelamin.. haaaa. kalau yang ni alhamdulillah lar an.. ok, biasanya masa majlis pertunangan tu, 5 dulang dibalas 7, ada 5 dulang dibalas 8... tu sebenarnya ikut suka hati kita jur.. asalkan pasangan masing2 bersetuju... jangan sampai ber"kengkos" sudah...

pertunangan ni adalah suatu janji untuk berkomitmen ke arah perkahwinan. kadang-kadang komitmen boleh luntur, janji boleh berubah arah. namanya pun manusia... tapi, jalan ke arah pernikahan iaitu pertunangan semestinya akan sentiasa di ganggu oleh syaitan dan nafsu. Pertunangan bukan TIKET untuk MENGHALALKAN hubungan antara adam dan hawa. pertunangan juga bukan LESEN untuk mencuba-cuba sebarang bentuk perkara yang boleh dilakukan seperti di alam perkahwinan. Pendek kata, RAHSIA itu akan menjauhkan FITNAH...


Katakan lah.....


Dan kalau ditakdirkan pertunangan itu tidak sampai menginjak pelamin..

" Kan tengok, Tuhan balas balik kat dia. Mana layak dia untuk laki tu!!"
" Padan muka. Siapa suruh menunjuk-nunjuk cincin.Kan betul-betul tak jadi!!"
" Ubat pengasih dah tamat tempoh la tu. Biar dia pula yang merasa!!"


betapa cantik dan indahnya Islam. Bertunang dibenarkan dan disuruh dirahsiakan sebolehnya.

BERTUNANG ADALAH ZON DEDIKASI DAN KOMUNIKASI
Si lelaki boleh mengenali bagaimana sikap dan watak bakal isterinya itu kerana si dia tu kuga bakal ibu kepada zuriatnya. Si perempuan pula boleh menilik-nilik setahap mana tanggungjawab dan hormat bakal suaminya itu. Hal ini kerana suamilah tempatnya bergantung kelak, tika duka dan suka, pahit dan gembira. 

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan dosa adalah yang membingungkan jiwa dan meragukan hati". (HR MUSLIM)

dari segi islam: apabila kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan bersetuju, itulah namanya BERTUNANG atau KHITBAH.


 Bertunang itu WASILAH menuju sebuah akad ' misaqan ghalizaa', ikatan yang kukuh lagi kuat..


Sekian. terima kasih...
sumber: dari hati aku sendiri + hamba Allah...




entry erti sebuah perkahwinan bakal menyusul
bubye awop awop semua...


ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Friday, January 04, 2013

==" ectopic pregnancy. Apakah?? =="

Assalamualaikum wbt readers... first of all, I wanna say that I'm overdosed in sleep... how could it be !!! tidak !! housemates aku cakap biasa ler tu sebab aku baru jur muntahkan segala apa yang aku pelajari dan hafal + mengira untuk paper physical chemistry hari ini.. aku baca soalan memang mudah giler ++ tapi bila syok jawab... Suddenly, I'm cease !!! uke fine.. try jawab soalan lain... aku dah buang masa kat situ. nape lah aku tak leh nak jawab kalau ada bab kira2 yang complicated? bila aku baca soalan last... Alhamdulillah ada gak soalan yang aku hafal bagai nak rak tu.. aku memang bersyukur ++ sebab tak rugi pun kalau tak jawab soalan yang depan2. buat apa jawab kalau kita memang tak boleh nak jawab. nasib baik ada soalan pilihan... tapi aku tak suka bab2 memilih soalan nie... otak akan tiba2 jem !!! sebab sentiasa fikir aku boleh jawab biarpun hakikat memang tak boleh nak jawab....

Aku kan, lepas jur bangun tido aku akan tengok cermin, cantik tak aku bila lepas bagun tido... Alhamdulillah setakat ni aku tak pengsan lagi... rambut tak mengerbang... hehehe... kalau mengerbang, REJOICE HEAD N SHOULDER ler jawapan nyer... eh eh.. aku dah terpesong... title lain, bincang menda lain... jum kita share maklumat...






hurm, korang tahu tak apa tu ectopic pregnancy?? aku cari dalam google pasal KANDUNGAN LUAR RAHIM tapi tup tup kuar ECTOPIC PREGNANCY.. owh scientific name rupanya... pak cik google sekarang banyak maklumat yang dia ada kita leh sharing and caring. aku buat entry ni sebab kak aku sedang mengalaminya... Moga Allah menyelamatkan kakak ku di dunia dan di akhirat.. tak pe la kalau kena gugurkan kandungan tu demi keselamatan kita.. Insha Allah, rezeki anak kita tak tahu... Allah tu maha Adil lagi maha Penyayang.. Dia tak kan uji kita jika kita tidak mampu menghadapinya.. Ujian ni jugak adalah satu bukti ketaatan kita dan cinta kita padaNya.

Seperti yang aku bagitaw tadi.. ECTOPIC PREGNANCY ni adalah kandungan di luar rahim.. di mana embryo yang sepatutnya implant kat uterus tapi implant kat tempat lain.. tak sabar tul kan embryo nie.. hehe. kebanyakan terjadinya embryo cute ni implant kat fallopian tube. kenapa yerp dia implant kat situ...? benornya, dia tak boleh nak bergerak ke uterus sebab fallopian tu tersumbat. (ayat bukan dari doktor pakar, saya hanya bakal seorang cikgu kimia, maaf) .. persoalannya, kenapa ia tersumbat?? mungkin sebab terdapat jangkitan kuman atau parut kat tube, maybe pesakit tu pernah buat pembedahan, kehadiran IUCD pada rahim yang menghalang implantation of embryo, merokok serta lelaki wanita yang mengikat saluran fallopian tube mereka.

Kenapa kandungan luar rahim ni bahaya? hurm.. apabila janin membesar kat tempat yang tidak sepatutnya, ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Jadi, nyawa akan terancam dan menyebabkan ketidaksuburan. kebiasaanya doktor akan melakukan pembedahan sama ada guna alat laparoscopic (tebukan kecil diperut - untuk kes yang belum pecah) atau laparotomy (untuk kes yang telah pecah) untuk membuang kandungan luar rahim bagi menyelamatkan ibu. kat sini part sedeyh.. kita sebagai seorang ibu ingin melahirkan cahaya mata tidak tercapai.. tak pe, Allah ada... Dia penentu kita, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita... Allah....

 Simptom2 kandungan luar rahim ni.....:
(1) pendarahan faraj yang tak normal
(2) sakit bertambah teruk dan berterusan di bahagian bawah perut
(3) berpeluh, rasa macam nak pitam jur, cirit-birit atar terdapat darah dalam najis
(4) tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk
(5) sakit pada hujung bahu (ganggu organ dalaman seperti diafragma)

PERINGATAN: anda WAJIB SEGERA ke hospital apabila terdapat tanda-tanda berikut iaitu SAKIT PERUT DI BAHAGIAN KIRI ATAU KANAN PERUT DAN ANDA SEDANG MENGANDUNG minggu ke 4 atau ke 5 ATAU HAID anda LAMBAT selama 1-2 minggu.


bubye awop awop sume..
SHARING IS CARING
CARING IS LOVING
(^_^)



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ