Aku kan, lepas jur bangun tido aku akan tengok cermin, cantik tak aku bila lepas bagun tido... Alhamdulillah setakat ni aku tak pengsan lagi... rambut tak mengerbang... hehehe... kalau mengerbang,
hurm, korang tahu tak apa tu ectopic pregnancy?? aku cari dalam google pasal KANDUNGAN LUAR RAHIM tapi tup tup kuar ECTOPIC PREGNANCY.. owh scientific name rupanya... pak cik google sekarang banyak maklumat yang dia ada kita leh sharing and caring. aku buat entry ni sebab kak aku sedang mengalaminya... Moga Allah menyelamatkan kakak ku di dunia dan di akhirat.. tak pe la kalau kena gugurkan kandungan tu demi keselamatan kita.. Insha Allah, rezeki anak kita tak tahu... Allah tu maha Adil lagi maha Penyayang.. Dia tak kan uji kita jika kita tidak mampu menghadapinya.. Ujian ni jugak adalah satu bukti ketaatan kita dan cinta kita padaNya.
Seperti yang aku bagitaw tadi.. ECTOPIC PREGNANCY ni adalah kandungan di luar rahim.. di mana embryo yang sepatutnya implant kat uterus tapi implant kat tempat lain.. tak sabar tul kan embryo nie.. hehe. kebanyakan terjadinya embryo cute ni implant kat fallopian tube. kenapa yerp dia implant kat situ...? benornya, dia tak boleh nak bergerak ke uterus sebab fallopian tu tersumbat. (ayat bukan dari doktor pakar, saya hanya bakal seorang cikgu kimia, maaf) .. persoalannya, kenapa ia tersumbat?? mungkin sebab terdapat jangkitan kuman atau parut kat tube, maybe pesakit tu pernah buat pembedahan, kehadiran IUCD pada rahim yang menghalang implantation of embryo, merokok serta
Kenapa kandungan luar rahim ni bahaya? hurm.. apabila janin membesar kat tempat yang tidak sepatutnya, ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Jadi, nyawa akan terancam dan menyebabkan ketidaksuburan. kebiasaanya doktor akan melakukan pembedahan sama ada guna alat laparoscopic (tebukan kecil diperut - untuk kes yang belum pecah) atau laparotomy (untuk kes yang telah pecah) untuk membuang kandungan luar rahim bagi menyelamatkan ibu. kat sini part sedeyh.. kita sebagai seorang ibu ingin melahirkan cahaya mata tidak tercapai.. tak pe, Allah ada... Dia penentu kita, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita... Allah....
Simptom2 kandungan luar rahim ni.....:
(1) pendarahan faraj yang tak normal
(2) sakit bertambah teruk dan berterusan di bahagian bawah perut
(3) berpeluh, rasa macam nak pitam jur, cirit-birit atar terdapat darah dalam najis
(4) tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk
(5) sakit pada hujung bahu (ganggu organ dalaman seperti diafragma)
PERINGATAN: anda WAJIB SEGERA ke hospital apabila terdapat tanda-tanda berikut iaitu SAKIT PERUT DI BAHAGIAN KIRI ATAU KANAN PERUT DAN ANDA SEDANG MENGANDUNG minggu ke 4 atau ke 5 ATAU HAID anda LAMBAT selama 1-2 minggu.
bubye awop awop sume..
SHARING IS CARING
CARING IS LOVING
(^_^)

No comments:
Post a Comment