Tuesday, September 10, 2013

?!? Semester 5 here I come ?!?

Assalamualaikum wbt readers...

lama giler rase tak update blog... tak silap aku ada la kot 3 bulan lebih. almaklumlah cuti panjang, lappy pun tak bukak. nak mengarang pun rase kekok tetiba jur. dulu kalau online guna broadband or wifi jur, sekarang just online guna handphone. cukup sebulan pergi bayar kat u mobile center RM29.70. setakat ni aku puas hati jugak la sebab takde la mahal macam maxis tue. speed dia pun laju jur 1G. so, meh sini aku nak promote. cuba korang try pakai u mobile punya, lagipun korang nak online guna handphone kan.. hehhehehe...aku online aku layan wechat, whatsupp, line, instagram, facebook, dan kakaotalk. aku tak bukak n tak sentuh pun link blog aku ni. tak best nak taip panjang2 kat handphone.

sekarang pelbagai laman sosial ada untuk berhubung dengan kengkawan. orang yang tak pernah kita kawan pun tetiba jur jadi kawan. tapi hati-hatilah semasa menggunakannya dan jangan tersalahguna pulak. nanti hati kita pulak yang sakit. acececee... macam berpengalaman pulop. takde la ni aku citer based on pengalaman kawan aku.. aku guna semua laman sosial untuk aku berhubungan dengan sorang jur.. hehhee... aku online line pun sebab nak chat dengan dia, online guna whatsupp pun sebab nak chat dengan dia... heheh. dia jur dalam hidup aku.. siapa dia tu hanya Allah jur yang tahu...

actually, aku nak gtaw yang aku dah masuk semester 5 2013/2014.. alhamdulillah. result semester 4 pom takde lah gempak sangat. tapi still jugak alhamdulillah masih lagi dapat kekalkan dalam senarai dekan. InsyaAllah tahun ni kalau blh nak usaha lagi bagi gempak sikit. kita hanya mampu berusaha tapi Allah yang tentukan. make sure dont forget HIM. He creates us so we have to thankful to HIM. hari ni dah masuk hari ke dua aku masuk kelas. semalam masuk jur kelas pertama panggggggggggggggg banyak giler esiment KPD. kena cari jurnal then buat summary, buat RPH, BBM, kna present, macam2 lagi la...

pastu kannnnnnnnnnnnn... seminggu baru duk upsi, hujung minggu ni balik... hehhee.. alhamdulillah.. mula-mula tu tak nak balik sebab tikey mahal giler. ada kawan beli RM101.20. dulu murah jur sebelum harga minyak naik. hampeh tul.. tapi takpe, dapat balik jugak. banyak lagi barang yang tertinggal.


# to student upsi semester 1, good luck n congratulations sebab terpilih menjadi warga ibu kandung suluh budiman.

# to emma n housmatenya, tahniah sebab dapat rumah yang paling "rendah" sekali. aku nak pergi umah korang pun aku kena fikir 40juta kali. heheh


bubye
jumpa lagi next entry..
(^_^)

 raya 2013



...aku yang dulu bukanlah yang sekarang...



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Tuesday, April 30, 2013

(".)?? kawan ker LAWAN (".)??

Assalamualaikum wbt readers yang aku sayangi sekalian !!
mornim !! sekarang jam 1.12 am (30.4.2013)
happy bufday my cousin, Noriswani (betul ke aku eja nie??) a.k.a wani
Happy bufday yang ke 21 !!
May Allah bless you always..
aku tak wish pom kat dia either dalam Fb or fon.
sebab kami dah lama xjumpa... !! sadisnya...
tapi aku hanya mampu wish dalam blog aku sendiri jur ....
hehhehe
bagus tak kalau dapat sepupu macam aku nie,,, eventhough lama dah tak jumpa n gedix sesama
aku still boleh ingat bufday dia since we were 17 years old!!
so, sekarang sape nak jadi cousin aku sentuh telinga guna siku !!
tu pom kalau korang dapat... hahaha


With the name of Allah, the bestest Listener, the most Kind and the most, most, and most Gracious...


Anyway, aku nak cerita sal kawan or we can call it as friend(s). bukan boyfriend uke (makna lain tu) ! hahaha... Tak kira lah korang punya kawan tu laki ke perempuan ke, ada aku kisah ??? hahah... maaf kerana terlalu kasaq !! cheq kalau dalam blog memang kasaq, luaran biasa2 jur cuma gila2 sikit. bukan gila betul uke... hehehe.. dunia sekarang hidup mesti ada kawan walau sorang. kalau takde kawan langsung mesti orang tu duk gua ork?? hehe.. sorry gurauan semata2 dan tak bermata... dalam berkawan tu, mesti akan ada sekali dua or banyak-banyak kali korang terasa kan. dan itulah yang selalu terjadi pada aku!! menyampah !! sesedap hati ko jur marah aku, ko ingat aku ni takde perasaan ke !!! aku ni manusia berjantung bukannya robot !!

kalau rasa ada tak puas hati gitaw face to face!! marah ni... hehehe...  aku tak marah tapi kecewa sebab aku tak pernah marah dia. aku tak suka marah orang. kalau aku rasa tak puas hati aku akan nangis then luah kat parents, siblings, and my pra-husband yang tak sah. kita hidup di universiti ni bersama-sama dengan kawan. kawan kadang2 boleh dijadikan adik beradik. tapi still ada perasaan. Cepat datang mintak maaf dengan aku !! haha..

Macam ni la,... meh aku nak citer,.. aku ni dah lama tak kena marah even parents aku sendiri pom tak marah aku. tapi boleh dia marah aku... kalau boleh pada masa tu jugak aku nak nangis. kau susah aku tolong. orang yang tolong kau ni kau sanggup marah...? aku bukan nak mengungkit cuma aku nak kau jaga sikit perasaan orang. maybe aku ni terlalu baik sampai orang pijak2 kepala aku. n from now on, aku takkan rapat lagi dengan kau dan satu nasihat dari aku. kalau kau nak marah orang lain.. go ahead... aku tak kisah tapi jangan jadikan orang lain sebagai mangsa kau..

sedangkan Nabi Muhammad SAW ampunkan umatnya, apatah lagi aku seorang hamba Allah yang penuh dengan kekhilafan...

Salam sayang aku kerana mu lepaskan kemarahan mu pada aku... thanx a lot kawan...
But sekarang aku dapat kawan baru a.k.a sepupu ayie. T****M namanya... nama secantik orangnya... kalau korang tengok confirm korang cakap dy comel macam barbie + hello kitty... hehehe.

jum zoom in gambar dan kata-kata khas untuk kawan-kawan semua... especially for my bam bam !!

When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all. 

 

 Dieba, me and my bam bam


 bam bam and me !!


 kami lagi.... dia jugak pemandu kedua terhormat kereta aku !!


 ex housemates !!


ex rumate yang paling ku syg...
sebab dia rajin sesangat
rindu nak tengok dia sapu bilik !!
thanx sis !!



 ....................


 lue fikir la sendiri !!


macam ni la rupa aku time kena marah dengan tiba2 !!
tak ku tegur kamu lagi .....
hahaha

bubye !!



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Monday, April 29, 2013

('',) oh, Mysis !! (",)

Assalamualaikum wbt readers !!!
kalau tak update sepi jur blog aku nie...
tp bila dah update,,.... hambik kau, 2 kali update dalam masa satu hari...
takpe2 qadha yang lepas2... ngeh3x

aku nak citer cikit sal mysis nie... mysis ni terkenal dalam kalangan student upsi... mysis ni akan menjadi busy se"busy"nya bila tiba time students upsi kena daftar subjek and cek result. kalau nak cek result tak rushing sangat. yang kena rushing time daftar subjek, sebab masing-masing nak add subjek kesukaan masing-masing. Ha, kalau aku dah tak fikir dah subjek tu aku suka ke tak, asalkan subjek tu senang untuk aku dapat A.. hahaha.. tp subjek yang aku maksudkan ni adalah subjek edu la.. kalau subjek major, aku n da geng tak de pilihan. kami kena ambik ikut procedure yang tertulis dalam buku panduan. hahaha...

sebelum jam 12, sume mesti duk mengadap lappy... sebab mysis bukak ontime kul 12 malam. haha... pada saat yang pertama tu, memang agak tercabar dan tak tersabar sebab asyik problem loading page jur !! grrrrr !! ggggrr ! tapi last2 aku dapat add dengan selamat tanpda terbabas kat mana2 bahu jalan.. hahaha.. kata ore kelate bahu jale.. hehehee...

time ni aku still duk kat cafe tengah melepak + layan gwiyomi yang aku buat... member laki siap tersengih n cakap aku cute ag... dia siap buat mimik macam nak tiru gaya gwiyomi aku.. haha.. eh hello.... kamu tu laki! hahaha... tapi ok apa kalau laki yang buat ! hahaha... aku ape lagi, kembang lubang hidup 14 inches! hahaha....

jum layan,... clone doktor di hospital but insyaAllah doktor-to-be in universiti.. hahahaa..









bubye sume !! hehe

ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Monday, February 04, 2013

# 10 tips menjaga hubungan #

 Assalamualaikum wbt.... dah lama dah aku tak update.. biasa la sekarang ni tengah cuti semester, so blog aku pun turut bercuti jugak.. orang lain kalau time cuti ni la luangkan masa untuk update blog. tapi aku ni lain pulak.. bukan tak nak update, dalam hati nie ase nak tergolek-golek + berguling-guling bawah katil sebab nak sangat update blog tapi takde masa.. sekarang ni pun aku taip entry ni sambil tolong buatkan air untuk customer and basuh pinggan...  masa cuti aku ni penuh dengan tolong mak aku kat kedai + baiki kereta kesayangan...

sekarang kita move forward kepada tajuk kita iaitu tips menjaga hubungan. tak kiralah hubungan percintaan ke hubungan dalam alam perkahwinan ker ataupun hubungan dalam persahabatan... kalau nak diikutkan memang banyak tips-tips untuk menjaga hubungan nie... tapi aku spesifikkan kepada 10 sahaja... hehehe.. ketika kita berada di alam percintaan sudah semestinya kita akan menghadapi halangan dan rintangan... biasa lah tu, masalah yang mendatang akan menjadikan kita lebih matang dalam membuat keputusan. Dan apa-apa keputusan yang kita ambil jangan sesekali kita menyesalinya.... JOM kita terjah pendapat tips-tips aku nie......

(1) yang aku utamakan dalam hubungan adalah KEPERCAYAAN... Di sini aku nak bagitahu kepercayaan harus disertakan dengan keyakinan... masa aku baru-baru kenal dengan hubby, aku percaya dengan dia tapi tiada keyakinan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan tue... so, bila tiada keyakinan terhadap dia hubungan pun berantakan (bahasa indon pulak).. maka, yakinlah bahawa si dia akan setia dan kita pulak percaya serta yakin dengan si dia. aku tahu korang mesti membantah aku punya opinion kan.. korang jangan lah percaya 100%... kita bukannya berada 24jam dengan si dia... biarlah ada ragu2 sikit...

(2) KESETIAAN.. kesetiaan ni pun penting jugak. haaaaa.... ada kawan aku tue, hubby lain, baby orang lain, sayang orang lain. maksudnya dia tidak setia dengan pasangannya... cuba kita bayangkan... kalau kita tak setia dengan pasangan kita, berkemungkinan pasangan kita jugak tidak akan setia dengan kita... dahsyat2... bila mahu matang dalam perhubungan nie... so, setia pada pasangan agar pasangan kita turut setia dengan kita...

(3) BERSIKAP TERBUKA. Kita kena sentiasa bersikap terbuka dalam apa jua keadaan yang kita hadapi terutama apabila kita menghadapi perselisihan faham dengan si dia.

(4) JANGAN MUDAH CEMBURU. cemburu ni senjata segala kemusnahan... kebanyakkan rumahtangga yang musnah adalah kerana cemburu yang terlalu kuat.. apa2 keputusan jangan buat secara melulu.. siasat terlebih dahulu betul ke tak.... fikir dulu apa yang korang patut buat if si dia betul2 curang... nanti korang akan menyesal kalau tersilap langkah... sape tak sayang bini oi... apatah lagi kekasih....

(5) BERTOLAK ANSUR. penting benda ni dalam hubungan kita.... kalau gaduh atau sebelum memulakan pergaduhan tu... korang terus ambik benda ni iaitu bertolak ansur... manalah tahu kot2 tak jadi nak gaduh.. terus pergi dating.... hehehe.. jangan dating ke tempat yang boleh mendatangkan maksiat sudah... kalau nak dating, pergi ramai2 ok... for u encik boyfie di luar sana, bagi la ayat2 sikit nak bagi memujuk hati si dia.... bagi perkataan maaf pun dah boleh cair taw tak..

(6) CINTA. LOVE is the best part. hubungan yang terbina dek keran sebab hadirnya cinta di hati... like cinta pada pandangan pertama... hahaha.. tapi jangan la sampai cinta terhadap family terbabas pulak... FAMILY FIRST ok yayang semua...
(7) BERDOA. aku ada terbaca di twitter... kalau kita ada hati pada seseorang... bagitahu Allah... Mintak doa agar Allah menjodohkan si dia dengan anda.... Jangan over confident pergi bagitahu dia.. entah2 bini/laki orang.. Kantoi nanti !... hahaha... Kalau si dia bukan ditakdirkan untuk kita, jangan risau... mungkin Allah dah rancang sesuatu yang baik untuk kita... (^_^)

(8) KEJUTAN. kebiasaannya lelaki yang memberikan kejutan kepada pasangannya. Kejutan a.k.a surprise akan menguatkan lagi hubungan kita... sape yang tak suka surprise? aku kalau bab2 surprise ni memang syok. surprise tak semestinya memberi hadiah.. kalau hadiah, susah lah bagi golongan yang tidak berkemampuan. tapi bagi coklat seposen pom leh jadi surprise if pandai buat rancangan. ha!! contoh surprise yang tak guna duit. datang ke rumah tanpa bagitaw. macam hubby aku, dia selalu datang kedai mak aku tanpa bagitaw.. tengok2 dah duduk atas kerusi ....
(9) JANGAN MENDESAK. maksud aku kat sini adalah korang jangan terlalu pentingkan diri sendiri.. Jangan mendesak kat sini sama jugak dengan jangan terlalu meminta... Contohnya korang mintak teddy bear sempena hari lahir korang sedangkan pasangan korang tidak mampu nak belikan. so, korang kenalah memahami si dia dan jangan terlalu mendesak...

(10) JANGAN TERLALU MENGONGKONG. korang tak rasa ke mengongkong tu adalah satu yang merimaskan dan membahagiakan. dulu aku pom rasa rimas gak.. tapi bila aku fikir-fikir balik dia kongkong aku benda yang betul.. contohnya, jangan pakai baju ketat-ketat. kalau kongkong benda yang bagus takpe la.. kalau si dia kongkong sebab cemburu dia yang terlalu kuat tu aku rasa tak patut dibiarkan.. hehehehe
ada lagi extra aku nak bagi... TERIMA SI DIA SEADANYA. si dia boleh terima korang sebulat2nya, takkan korang tak leh terima keburukkan si dia.. tak ada yang sempurna di muka bumi nie.. KEEP IN TOUCH.... always contact ! macam I dengan encik hubby... kalau tak call sehari tak sah... mesti call... thanx to digi sebab bagi panggilan free 24 jam.. hehehee.. tapi janganlah nak contact 24 jam.. jap ag tak buat keje la korang.... kenalah luangkan masa untuk diri sendiri.. nanti bila dah sah lagi best kalau duk 24 jam... hehehe
 gambar di atas hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin.. take note oke !


# love is great and there is no greater things and what i feel for you must be the greatest #



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Saturday, January 12, 2013

♥ erti sebuah perkahwinan ♥

Assalamualaikum wbt... seperti yang aku bagitaw pada entry yang sebelum ni.. aku akan update entry pasal erti sebuah perkahwinan... tapi sorry k, aku terpesong sedikit kandungan entry nya sebab aku ase entry kali ni biar la sesuai dengan aku yang baru usia 21 ni... hurm.. berdebar lak aku... sape tak nak kawen !!! hahaha... Sape tak nak ada keluarga sendiri kan... aku nak semua.. kihkih... bukan tamak eh... semua orang nak kecapi kebahagiaan yang dihiasi dengan keredhaan Allah swt.. Tanpa keizinan dariNya, semua benda yang kita rancang takkan menjadi... dan jangan lupa untuk bersyukur apabila segala yang dirancang menjadi.... hehehe.. bagi ceramah lak.. sekadar nasihat jur wahai sabahat2 ana sekalian...

Apa pendapat awop2 sume sal topik kahwin tambah2 kalau kahwin di usia muda ni?? sekarang ni aku banyak dengar pasal benda ni especially kengkawan aku ler.. aku sendiri pun insha Allah, nak jugak kahwin awal. banyak sebab kenapa aku decide nak kahwin awal... Cuma tunggu masa + kewangan yang stabil jur.

ada yang kata, perlu ker kahwin awal ni? umur baru setahun jagung, belajar tak habis ag... banyak tanggungjawab yang kena pikul, laki tu dah matang ke belum, ekonomi dah betul2 stabil ker?? ppuan tu yakin ke leh jaga makan minum suami, nak bahagi masa antara suami dengan study ag, itu lah ini lah... so, banyak persoalan yang timbul...  tapi.. setiap persoalan tu boleh dijawab dengan penuh keyakinan... inshaa Allah...satu jur yang aku menentang, kalau remaja tu nak kawin awal sebab nak lari dari keluarga.. pantang wo..... kalau kita ada masalah.. selain dari suami, kita juga memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. bukan perasaan nak kutuk suami.. tak boleh la macam tu... tak baik.. tak mo tak mo tak mo (dengan nada kiut, haha)..

Perkahwinan ni adalah suatu ikatan yang termeterai di antara pasangan lelaki dan perempuan melalui lafaz aqad ijab dan qabul yang menghalalkan mereka melakukan persetubuhan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam. dengan adanya ikatan hubungan yang halal serta cara yang bermaruah ini, darinya manusia mampu untuk melahirkan zuriat dengan jalan yang suci sertai disukai Allah swt.

Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya".

Kenapa kita berkahwin?? sebab nak halal?? sebab bila dah halal boleh buat sesuka hati dengan suami mahupun isteri?? mungkin itu salah satu daripadanya kenapa remaja zaman sekarang berkahwin di usia yang muda. tapi ada lagi alasan yang kukuh kenapa kita berkahwin tidak kira awal mahupun lewat.. 

(1) BERKAHWIN KERANA IBADAH. perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu tetapi atas tuntutan agama serta memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."

(2) BERKAHWIN KERANA CINTA DAN KASIH SAYANG. Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Kebahagiaan hadir dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta di antara suami isteri berpaksikan Islam. Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

(3) BERKAHWIN KERANA TARBIYAH DAN PENDIDIKAN. Pendidikan dijadikan tema dalam sesebuah perkahwinan. Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:
"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."

(4) BERKAHWIN KERANA INGIN MENDAPATKAN ZURIAT. Allah SWT telah berfirman : "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (QS an-Nisaa’)
 

aku ambik sumber dari laman iluvislam.. nanti korang serve la yerp.. banyak infomasi berguna dalam laman tu.. best...

Perkahwinan yang mampu mengekalkan kebahagiaan adalah suatu perjalanan hidup pasangan suami isteri yang tabah dan cekal dalam menyelesaikan segala masalah. So, lakar lah dan hiasilah perkahwinan kita seperti bunga mawar yang sentiasa mekar walaupun kita tahu banyak duri yang bakal kita tempuhi. tapi, jika kita saling bertolak ansur dan saling mempercayai antara satu sama lain, inshaa Allah rumahtangga kita selamat...

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.
Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.


 Inshaa Allah....



bubye awop awop sume...
 

ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Thursday, January 10, 2013

♥ erti sebuah pertunangan ♥

Assalamualaikum wbt.. setelah seminggu aku bercuti sebab gap exam yang terlalu lama... aku kembali di bumi Tanjung Malim skima tak? dan sesudah sampai jur di rumah, aku terus pengsan tengok bakul dipenuhi dengan baju yang tak terbasuh. hahaha... selesai jur basuh sume, aku ajak rumate and housmate pergi servis kete aku.. sebab ahad ni aku nak bertolak balik kelantan.. eeeee.. kuatnya aku balik.. dakpe lah... ag pun kepala hotak aku ni tengah risau kat kakak aku yang sedang di rawat kat husm tu.. moga kakak aku bertambah sihat.. amin..

kembali kita ke segmen yang aku taip tuh... apa erti sebuah pertunangan??? hurm...

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (war-warkan) perkahwinan". (Hadis riwayat Ahamd dari Abdullah bin Zubair).

pada pandangan aku lar an..pertunangan tu adalah satu ikatan yang masih lagi tak menjaminkan bahawa kita (perempuan) menjadi hak milik lelaki sepenuhnya.. aku kata macam ni sebab pertunangan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan. Hubungan yang berstatuskan "tunang" masih lagi mempunyai batas yang dibenarkan syarak, bukan seperti suami isteri yang sah. korang faham kan?? bagi aku lagi... pertunangan tu semolek-moleknya dirahsiakan....betul tak??? berkahwin sunnahnya digembar-gemburkan. kalau boleh bukan setakat satu kampung, satu kelantan kita ajak.. kan3?? tapi, kalau ramai sangat yang datang sebab jemput satu kelantan. tak cukup lauk-pauk nanti.. takpe, tukang masak ramai... heheheheh

ada pasangan yang bertunang sebulan terus putus, ada sampai 2 tahun, dan ada jugak sampai ke jinjang pelamin.. haaaa. kalau yang ni alhamdulillah lar an.. ok, biasanya masa majlis pertunangan tu, 5 dulang dibalas 7, ada 5 dulang dibalas 8... tu sebenarnya ikut suka hati kita jur.. asalkan pasangan masing2 bersetuju... jangan sampai ber"kengkos" sudah...

pertunangan ni adalah suatu janji untuk berkomitmen ke arah perkahwinan. kadang-kadang komitmen boleh luntur, janji boleh berubah arah. namanya pun manusia... tapi, jalan ke arah pernikahan iaitu pertunangan semestinya akan sentiasa di ganggu oleh syaitan dan nafsu. Pertunangan bukan TIKET untuk MENGHALALKAN hubungan antara adam dan hawa. pertunangan juga bukan LESEN untuk mencuba-cuba sebarang bentuk perkara yang boleh dilakukan seperti di alam perkahwinan. Pendek kata, RAHSIA itu akan menjauhkan FITNAH...


Katakan lah.....


Dan kalau ditakdirkan pertunangan itu tidak sampai menginjak pelamin..

" Kan tengok, Tuhan balas balik kat dia. Mana layak dia untuk laki tu!!"
" Padan muka. Siapa suruh menunjuk-nunjuk cincin.Kan betul-betul tak jadi!!"
" Ubat pengasih dah tamat tempoh la tu. Biar dia pula yang merasa!!"


betapa cantik dan indahnya Islam. Bertunang dibenarkan dan disuruh dirahsiakan sebolehnya.

BERTUNANG ADALAH ZON DEDIKASI DAN KOMUNIKASI
Si lelaki boleh mengenali bagaimana sikap dan watak bakal isterinya itu kerana si dia tu kuga bakal ibu kepada zuriatnya. Si perempuan pula boleh menilik-nilik setahap mana tanggungjawab dan hormat bakal suaminya itu. Hal ini kerana suamilah tempatnya bergantung kelak, tika duka dan suka, pahit dan gembira. 

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan dosa adalah yang membingungkan jiwa dan meragukan hati". (HR MUSLIM)

dari segi islam: apabila kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan bersetuju, itulah namanya BERTUNANG atau KHITBAH.


 Bertunang itu WASILAH menuju sebuah akad ' misaqan ghalizaa', ikatan yang kukuh lagi kuat..


Sekian. terima kasih...
sumber: dari hati aku sendiri + hamba Allah...




entry erti sebuah perkahwinan bakal menyusul
bubye awop awop semua...


ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Friday, January 04, 2013

==" ectopic pregnancy. Apakah?? =="

Assalamualaikum wbt readers... first of all, I wanna say that I'm overdosed in sleep... how could it be !!! tidak !! housemates aku cakap biasa ler tu sebab aku baru jur muntahkan segala apa yang aku pelajari dan hafal + mengira untuk paper physical chemistry hari ini.. aku baca soalan memang mudah giler ++ tapi bila syok jawab... Suddenly, I'm cease !!! uke fine.. try jawab soalan lain... aku dah buang masa kat situ. nape lah aku tak leh nak jawab kalau ada bab kira2 yang complicated? bila aku baca soalan last... Alhamdulillah ada gak soalan yang aku hafal bagai nak rak tu.. aku memang bersyukur ++ sebab tak rugi pun kalau tak jawab soalan yang depan2. buat apa jawab kalau kita memang tak boleh nak jawab. nasib baik ada soalan pilihan... tapi aku tak suka bab2 memilih soalan nie... otak akan tiba2 jem !!! sebab sentiasa fikir aku boleh jawab biarpun hakikat memang tak boleh nak jawab....

Aku kan, lepas jur bangun tido aku akan tengok cermin, cantik tak aku bila lepas bagun tido... Alhamdulillah setakat ni aku tak pengsan lagi... rambut tak mengerbang... hehehe... kalau mengerbang, REJOICE HEAD N SHOULDER ler jawapan nyer... eh eh.. aku dah terpesong... title lain, bincang menda lain... jum kita share maklumat...






hurm, korang tahu tak apa tu ectopic pregnancy?? aku cari dalam google pasal KANDUNGAN LUAR RAHIM tapi tup tup kuar ECTOPIC PREGNANCY.. owh scientific name rupanya... pak cik google sekarang banyak maklumat yang dia ada kita leh sharing and caring. aku buat entry ni sebab kak aku sedang mengalaminya... Moga Allah menyelamatkan kakak ku di dunia dan di akhirat.. tak pe la kalau kena gugurkan kandungan tu demi keselamatan kita.. Insha Allah, rezeki anak kita tak tahu... Allah tu maha Adil lagi maha Penyayang.. Dia tak kan uji kita jika kita tidak mampu menghadapinya.. Ujian ni jugak adalah satu bukti ketaatan kita dan cinta kita padaNya.

Seperti yang aku bagitaw tadi.. ECTOPIC PREGNANCY ni adalah kandungan di luar rahim.. di mana embryo yang sepatutnya implant kat uterus tapi implant kat tempat lain.. tak sabar tul kan embryo nie.. hehe. kebanyakan terjadinya embryo cute ni implant kat fallopian tube. kenapa yerp dia implant kat situ...? benornya, dia tak boleh nak bergerak ke uterus sebab fallopian tu tersumbat. (ayat bukan dari doktor pakar, saya hanya bakal seorang cikgu kimia, maaf) .. persoalannya, kenapa ia tersumbat?? mungkin sebab terdapat jangkitan kuman atau parut kat tube, maybe pesakit tu pernah buat pembedahan, kehadiran IUCD pada rahim yang menghalang implantation of embryo, merokok serta lelaki wanita yang mengikat saluran fallopian tube mereka.

Kenapa kandungan luar rahim ni bahaya? hurm.. apabila janin membesar kat tempat yang tidak sepatutnya, ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Jadi, nyawa akan terancam dan menyebabkan ketidaksuburan. kebiasaanya doktor akan melakukan pembedahan sama ada guna alat laparoscopic (tebukan kecil diperut - untuk kes yang belum pecah) atau laparotomy (untuk kes yang telah pecah) untuk membuang kandungan luar rahim bagi menyelamatkan ibu. kat sini part sedeyh.. kita sebagai seorang ibu ingin melahirkan cahaya mata tidak tercapai.. tak pe, Allah ada... Dia penentu kita, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita... Allah....

 Simptom2 kandungan luar rahim ni.....:
(1) pendarahan faraj yang tak normal
(2) sakit bertambah teruk dan berterusan di bahagian bawah perut
(3) berpeluh, rasa macam nak pitam jur, cirit-birit atar terdapat darah dalam najis
(4) tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk
(5) sakit pada hujung bahu (ganggu organ dalaman seperti diafragma)

PERINGATAN: anda WAJIB SEGERA ke hospital apabila terdapat tanda-tanda berikut iaitu SAKIT PERUT DI BAHAGIAN KIRI ATAU KANAN PERUT DAN ANDA SEDANG MENGANDUNG minggu ke 4 atau ke 5 ATAU HAID anda LAMBAT selama 1-2 minggu.


bubye awop awop sume..
SHARING IS CARING
CARING IS LOVING
(^_^)



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ