Monday, February 04, 2013

# 10 tips menjaga hubungan #

 Assalamualaikum wbt.... dah lama dah aku tak update.. biasa la sekarang ni tengah cuti semester, so blog aku pun turut bercuti jugak.. orang lain kalau time cuti ni la luangkan masa untuk update blog. tapi aku ni lain pulak.. bukan tak nak update, dalam hati nie ase nak tergolek-golek + berguling-guling bawah katil sebab nak sangat update blog tapi takde masa.. sekarang ni pun aku taip entry ni sambil tolong buatkan air untuk customer and basuh pinggan...  masa cuti aku ni penuh dengan tolong mak aku kat kedai + baiki kereta kesayangan...

sekarang kita move forward kepada tajuk kita iaitu tips menjaga hubungan. tak kiralah hubungan percintaan ke hubungan dalam alam perkahwinan ker ataupun hubungan dalam persahabatan... kalau nak diikutkan memang banyak tips-tips untuk menjaga hubungan nie... tapi aku spesifikkan kepada 10 sahaja... hehehe.. ketika kita berada di alam percintaan sudah semestinya kita akan menghadapi halangan dan rintangan... biasa lah tu, masalah yang mendatang akan menjadikan kita lebih matang dalam membuat keputusan. Dan apa-apa keputusan yang kita ambil jangan sesekali kita menyesalinya.... JOM kita terjah pendapat tips-tips aku nie......

(1) yang aku utamakan dalam hubungan adalah KEPERCAYAAN... Di sini aku nak bagitahu kepercayaan harus disertakan dengan keyakinan... masa aku baru-baru kenal dengan hubby, aku percaya dengan dia tapi tiada keyakinan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan tue... so, bila tiada keyakinan terhadap dia hubungan pun berantakan (bahasa indon pulak).. maka, yakinlah bahawa si dia akan setia dan kita pulak percaya serta yakin dengan si dia. aku tahu korang mesti membantah aku punya opinion kan.. korang jangan lah percaya 100%... kita bukannya berada 24jam dengan si dia... biarlah ada ragu2 sikit...

(2) KESETIAAN.. kesetiaan ni pun penting jugak. haaaaa.... ada kawan aku tue, hubby lain, baby orang lain, sayang orang lain. maksudnya dia tidak setia dengan pasangannya... cuba kita bayangkan... kalau kita tak setia dengan pasangan kita, berkemungkinan pasangan kita jugak tidak akan setia dengan kita... dahsyat2... bila mahu matang dalam perhubungan nie... so, setia pada pasangan agar pasangan kita turut setia dengan kita...

(3) BERSIKAP TERBUKA. Kita kena sentiasa bersikap terbuka dalam apa jua keadaan yang kita hadapi terutama apabila kita menghadapi perselisihan faham dengan si dia.

(4) JANGAN MUDAH CEMBURU. cemburu ni senjata segala kemusnahan... kebanyakkan rumahtangga yang musnah adalah kerana cemburu yang terlalu kuat.. apa2 keputusan jangan buat secara melulu.. siasat terlebih dahulu betul ke tak.... fikir dulu apa yang korang patut buat if si dia betul2 curang... nanti korang akan menyesal kalau tersilap langkah... sape tak sayang bini oi... apatah lagi kekasih....

(5) BERTOLAK ANSUR. penting benda ni dalam hubungan kita.... kalau gaduh atau sebelum memulakan pergaduhan tu... korang terus ambik benda ni iaitu bertolak ansur... manalah tahu kot2 tak jadi nak gaduh.. terus pergi dating.... hehehe.. jangan dating ke tempat yang boleh mendatangkan maksiat sudah... kalau nak dating, pergi ramai2 ok... for u encik boyfie di luar sana, bagi la ayat2 sikit nak bagi memujuk hati si dia.... bagi perkataan maaf pun dah boleh cair taw tak..

(6) CINTA. LOVE is the best part. hubungan yang terbina dek keran sebab hadirnya cinta di hati... like cinta pada pandangan pertama... hahaha.. tapi jangan la sampai cinta terhadap family terbabas pulak... FAMILY FIRST ok yayang semua...
(7) BERDOA. aku ada terbaca di twitter... kalau kita ada hati pada seseorang... bagitahu Allah... Mintak doa agar Allah menjodohkan si dia dengan anda.... Jangan over confident pergi bagitahu dia.. entah2 bini/laki orang.. Kantoi nanti !... hahaha... Kalau si dia bukan ditakdirkan untuk kita, jangan risau... mungkin Allah dah rancang sesuatu yang baik untuk kita... (^_^)

(8) KEJUTAN. kebiasaannya lelaki yang memberikan kejutan kepada pasangannya. Kejutan a.k.a surprise akan menguatkan lagi hubungan kita... sape yang tak suka surprise? aku kalau bab2 surprise ni memang syok. surprise tak semestinya memberi hadiah.. kalau hadiah, susah lah bagi golongan yang tidak berkemampuan. tapi bagi coklat seposen pom leh jadi surprise if pandai buat rancangan. ha!! contoh surprise yang tak guna duit. datang ke rumah tanpa bagitaw. macam hubby aku, dia selalu datang kedai mak aku tanpa bagitaw.. tengok2 dah duduk atas kerusi ....
(9) JANGAN MENDESAK. maksud aku kat sini adalah korang jangan terlalu pentingkan diri sendiri.. Jangan mendesak kat sini sama jugak dengan jangan terlalu meminta... Contohnya korang mintak teddy bear sempena hari lahir korang sedangkan pasangan korang tidak mampu nak belikan. so, korang kenalah memahami si dia dan jangan terlalu mendesak...

(10) JANGAN TERLALU MENGONGKONG. korang tak rasa ke mengongkong tu adalah satu yang merimaskan dan membahagiakan. dulu aku pom rasa rimas gak.. tapi bila aku fikir-fikir balik dia kongkong aku benda yang betul.. contohnya, jangan pakai baju ketat-ketat. kalau kongkong benda yang bagus takpe la.. kalau si dia kongkong sebab cemburu dia yang terlalu kuat tu aku rasa tak patut dibiarkan.. hehehehe
ada lagi extra aku nak bagi... TERIMA SI DIA SEADANYA. si dia boleh terima korang sebulat2nya, takkan korang tak leh terima keburukkan si dia.. tak ada yang sempurna di muka bumi nie.. KEEP IN TOUCH.... always contact ! macam I dengan encik hubby... kalau tak call sehari tak sah... mesti call... thanx to digi sebab bagi panggilan free 24 jam.. hehehee.. tapi janganlah nak contact 24 jam.. jap ag tak buat keje la korang.... kenalah luangkan masa untuk diri sendiri.. nanti bila dah sah lagi best kalau duk 24 jam... hehehe
 gambar di atas hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin.. take note oke !


# love is great and there is no greater things and what i feel for you must be the greatest #



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ