Thursday, January 10, 2013

♥ erti sebuah pertunangan ♥

Assalamualaikum wbt.. setelah seminggu aku bercuti sebab gap exam yang terlalu lama... aku kembali di bumi Tanjung Malim skima tak? dan sesudah sampai jur di rumah, aku terus pengsan tengok bakul dipenuhi dengan baju yang tak terbasuh. hahaha... selesai jur basuh sume, aku ajak rumate and housmate pergi servis kete aku.. sebab ahad ni aku nak bertolak balik kelantan.. eeeee.. kuatnya aku balik.. dakpe lah... ag pun kepala hotak aku ni tengah risau kat kakak aku yang sedang di rawat kat husm tu.. moga kakak aku bertambah sihat.. amin..

kembali kita ke segmen yang aku taip tuh... apa erti sebuah pertunangan??? hurm...

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (war-warkan) perkahwinan". (Hadis riwayat Ahamd dari Abdullah bin Zubair).

pada pandangan aku lar an..pertunangan tu adalah satu ikatan yang masih lagi tak menjaminkan bahawa kita (perempuan) menjadi hak milik lelaki sepenuhnya.. aku kata macam ni sebab pertunangan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan. Hubungan yang berstatuskan "tunang" masih lagi mempunyai batas yang dibenarkan syarak, bukan seperti suami isteri yang sah. korang faham kan?? bagi aku lagi... pertunangan tu semolek-moleknya dirahsiakan....betul tak??? berkahwin sunnahnya digembar-gemburkan. kalau boleh bukan setakat satu kampung, satu kelantan kita ajak.. kan3?? tapi, kalau ramai sangat yang datang sebab jemput satu kelantan. tak cukup lauk-pauk nanti.. takpe, tukang masak ramai... heheheheh

ada pasangan yang bertunang sebulan terus putus, ada sampai 2 tahun, dan ada jugak sampai ke jinjang pelamin.. haaaa. kalau yang ni alhamdulillah lar an.. ok, biasanya masa majlis pertunangan tu, 5 dulang dibalas 7, ada 5 dulang dibalas 8... tu sebenarnya ikut suka hati kita jur.. asalkan pasangan masing2 bersetuju... jangan sampai ber"kengkos" sudah...

pertunangan ni adalah suatu janji untuk berkomitmen ke arah perkahwinan. kadang-kadang komitmen boleh luntur, janji boleh berubah arah. namanya pun manusia... tapi, jalan ke arah pernikahan iaitu pertunangan semestinya akan sentiasa di ganggu oleh syaitan dan nafsu. Pertunangan bukan TIKET untuk MENGHALALKAN hubungan antara adam dan hawa. pertunangan juga bukan LESEN untuk mencuba-cuba sebarang bentuk perkara yang boleh dilakukan seperti di alam perkahwinan. Pendek kata, RAHSIA itu akan menjauhkan FITNAH...


Katakan lah.....


Dan kalau ditakdirkan pertunangan itu tidak sampai menginjak pelamin..

" Kan tengok, Tuhan balas balik kat dia. Mana layak dia untuk laki tu!!"
" Padan muka. Siapa suruh menunjuk-nunjuk cincin.Kan betul-betul tak jadi!!"
" Ubat pengasih dah tamat tempoh la tu. Biar dia pula yang merasa!!"


betapa cantik dan indahnya Islam. Bertunang dibenarkan dan disuruh dirahsiakan sebolehnya.

BERTUNANG ADALAH ZON DEDIKASI DAN KOMUNIKASI
Si lelaki boleh mengenali bagaimana sikap dan watak bakal isterinya itu kerana si dia tu kuga bakal ibu kepada zuriatnya. Si perempuan pula boleh menilik-nilik setahap mana tanggungjawab dan hormat bakal suaminya itu. Hal ini kerana suamilah tempatnya bergantung kelak, tika duka dan suka, pahit dan gembira. 

"Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan dosa adalah yang membingungkan jiwa dan meragukan hati". (HR MUSLIM)

dari segi islam: apabila kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan bersetuju, itulah namanya BERTUNANG atau KHITBAH.


 Bertunang itu WASILAH menuju sebuah akad ' misaqan ghalizaa', ikatan yang kukuh lagi kuat..


Sekian. terima kasih...
sumber: dari hati aku sendiri + hamba Allah...




entry erti sebuah perkahwinan bakal menyusul
bubye awop awop semua...


ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

No comments:

Post a Comment