Monday, July 16, 2018

Evening Primrose Oil

Assalamualaikum w.b.t

Aku kembali dengan azam yang baru. InshaAllah aku akan update blog ni balik from time to time. Mungkin masih ada peminat setia yang ingin mengetahui perkembangan aku yang terbaru. kalau tak ada yang baca pun tak apa. Asalkan ada tempat untuk aku bercerita. Aku nak kembalikan nurshuhailasue yang dulu. Seorang yang periang, peramah dan pencerita yang penuh reaksi di muka.

Kali ini aku nak bercerita mengenai supplemen yang aku baru consume pada 04 Julai 2018. Kisahnya bermula aku didatangi bisul pada awal bulan 4. BISUL weyhhh... Bila bercakap pasal bisul ni, orang akan anggap kita ni seorang yang pengotor, tidak menjaga kebersihan. Aku dah pelik, sabun dalam bilik mandi pakai dettol, mop lantai rumah pun guna dettol. Bisul ni naik di bahagian misai pulak tu, terpaksalah pakai mask pergi sekolah. Sampai lah aku rasa tidak selesa, aku pergi klinik. Keputusan darah aku ok. MA tu bagi prolase untuk surutkan bengkak, antibiotik cloxacilin dan ubat tahan sakit. At the same time, cuba juga cara tradisional letak kapur makan tu.

Bila dh sembuh, selang 4 minggu, naik lagi sekali di dagu. Terpaksalah aku pakai mask di sekolah. Malu beb naik bisul ni, orang akan cop kita ni pengotor. Selang lagi 4 minggu, datang lagi bisul buat kali ke 3 dekat bawah pinggang. 3 hari lagi nak raya puasa dia datang tanpa DIJEMPUT. Dan kali ke 4 bahagian peha dua minggu selepas raya. Aku pun pergi lah farmasi, ceritakan kes ni pada pegawai farmasi. Kemudian dia suggest kat aku Evening Primrose Oil nie, katanya bisul aku naik tak henti-henti sebab darah kotor dalam badan. For your information, aku memang dah tak datang bendera merah 2 bulan. So, aku fikir betul jugak. Then, aku pun terfikir nak panggil orang yang buat service berbekam.

Selepas seminggu aku consume EPO ni, berbendera aku datang dan aku rasalah ada perubahan pada badan aku ni macam ringan je... acececece bukan berat badan ye yang ringan. tapi tak tahulah macam mana nanti. Kalau bisul ni datang jugak, terpaksa lah aku pergi klinik cek darah lagi.

EPO ni dia datang dalam bentuk capsule, dalam capsule tu ada cecair berminyak dari tanaman Evening Primrose. Tanaman ni adalah tanaman liar yang banyak ditemui di kawasan Amerika Timur dan Amerika Utara. Aku tahu benda ni pun sebab aku banyak selidik jugak la. Kita kena tahu apa yang kita makan.



So, ini lah bunga evening primrose ni dan capsule yang aku makan. Aku ambik 2 capsule setiap pagi selepas makan. Kes aku ni, bisul bertimbul2 kan, jadi aku nak cepat berkesan aku ambik 2 capsule. tapi nnti bendera aku dah ok, boleh la ambik sebiji je seminggu.


EPO ni datang dari pelbagai jenis brand. Aku beli brand SHINE sebab time pegawai farmasi tu suggest aku ya kan je sebab dah terdesakkan, tak tahu macam mana nak pulihkan penyakit ni. But, Finally darah kotor dah keluar dan aku harap bisul ni tak menyinggah lagi.


Sekian...
ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Sunday, February 16, 2014

♥ rindu + alhamdulillah (^_^)

Assalamualaikum wbt readers...
lamanya tak update blog. dulu ada jugak ubah background ke, ubah tulisan ke..
sekarang macam haprak rumah yang di tinggal penghuni...

Kengkawan !! di sini aku nak bagitahu aku dah ada di bumi tanjung malim setelah sebulan aku bercuti. And now, im starting my semester 6.. so, I have 2 more semester. Tak sabarnya nak habiskan 2 semester lagi.. lepas tu boleh jaga anak-anak kat rumah. semalam nak pergi upsi bukan main berat hati nak tinggal Rasul dan Amalin. Amalin pepagi buta dah bangun. Teh baru je nak keluar dari rumah senyap-senyap takut dorang berjaga. arghh !!! rindunya. Hanya Allah saja yang tahu. Bangun pagi tadi rasa macam pelik je, sebab kekadang bila bangun pagi terus buat kerja rumah. Then, kak long membebel benda tu tak buat lagi benda ni tak buat lagi.. ha... nak jadi suri rumah sangat kan. Tak dapat dah main badminton petang-petang dengan kak esya (best friend a.k.a niece).

But, at the same time aku bersyukur dengan keputusan semester 5 yang aku dapat. Bak kata orang, kita akan dapat setimpal dengan apa yang kita berusaha untuk mencapainya. Alhamdulillah (3x).. Allah bagi dekan kelas pertama. Terima kasih sangat kat kengkawang at13 (ISM Pendidikan Kimia) yang banyak sangat membantu terutamanya my Fatin Nabilah Saiman sebab dia selalu bagi nasihat tanpa rasa jemu (aku rasalah. haha). Tak lupa jugak pada rumate aku, Nur Hidayah Zulkifli sebab sentiasa ada time aku sakit. Namanya rumate kan confirm la aku sakit dia ada. hihi.. To my bambam, if aku bukan tersenarai dalam BFF ko, tapi ko tetap BFF aku selamanya.

Now, aku mulakan hari aku di rumah Sri Harmoni (new home) dengan lafaz bismillah.... new housemates (semua sem 8, terbaik !!), new bed, new kitchen, new environment, and so on, but yet old rumate !! but I love her damn much.. thanks dear...

Salam Semester baru.. bubye   (*_^)

 I hope so, InsyaAllah..

yeah ! I know it...



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ

Tuesday, September 10, 2013

?!? Semester 5 here I come ?!?

Assalamualaikum wbt readers...

lama giler rase tak update blog... tak silap aku ada la kot 3 bulan lebih. almaklumlah cuti panjang, lappy pun tak bukak. nak mengarang pun rase kekok tetiba jur. dulu kalau online guna broadband or wifi jur, sekarang just online guna handphone. cukup sebulan pergi bayar kat u mobile center RM29.70. setakat ni aku puas hati jugak la sebab takde la mahal macam maxis tue. speed dia pun laju jur 1G. so, meh sini aku nak promote. cuba korang try pakai u mobile punya, lagipun korang nak online guna handphone kan.. hehhehehe...aku online aku layan wechat, whatsupp, line, instagram, facebook, dan kakaotalk. aku tak bukak n tak sentuh pun link blog aku ni. tak best nak taip panjang2 kat handphone.

sekarang pelbagai laman sosial ada untuk berhubung dengan kengkawan. orang yang tak pernah kita kawan pun tetiba jur jadi kawan. tapi hati-hatilah semasa menggunakannya dan jangan tersalahguna pulak. nanti hati kita pulak yang sakit. acececee... macam berpengalaman pulop. takde la ni aku citer based on pengalaman kawan aku.. aku guna semua laman sosial untuk aku berhubungan dengan sorang jur.. hehhee... aku online line pun sebab nak chat dengan dia, online guna whatsupp pun sebab nak chat dengan dia... heheh. dia jur dalam hidup aku.. siapa dia tu hanya Allah jur yang tahu...

actually, aku nak gtaw yang aku dah masuk semester 5 2013/2014.. alhamdulillah. result semester 4 pom takde lah gempak sangat. tapi still jugak alhamdulillah masih lagi dapat kekalkan dalam senarai dekan. InsyaAllah tahun ni kalau blh nak usaha lagi bagi gempak sikit. kita hanya mampu berusaha tapi Allah yang tentukan. make sure dont forget HIM. He creates us so we have to thankful to HIM. hari ni dah masuk hari ke dua aku masuk kelas. semalam masuk jur kelas pertama panggggggggggggggg banyak giler esiment KPD. kena cari jurnal then buat summary, buat RPH, BBM, kna present, macam2 lagi la...

pastu kannnnnnnnnnnnn... seminggu baru duk upsi, hujung minggu ni balik... hehhee.. alhamdulillah.. mula-mula tu tak nak balik sebab tikey mahal giler. ada kawan beli RM101.20. dulu murah jur sebelum harga minyak naik. hampeh tul.. tapi takpe, dapat balik jugak. banyak lagi barang yang tertinggal.


# to student upsi semester 1, good luck n congratulations sebab terpilih menjadi warga ibu kandung suluh budiman.

# to emma n housmatenya, tahniah sebab dapat rumah yang paling "rendah" sekali. aku nak pergi umah korang pun aku kena fikir 40juta kali. heheh


bubye
jumpa lagi next entry..
(^_^)

 raya 2013



...aku yang dulu bukanlah yang sekarang...



ヅTerima kasih sebab datang ke rumah Nurshuhaila sue ヅ