lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita
lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya
lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya
lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati
lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya
oleh itu, wahai kaum Adam...
Jadilah pelindung kepada kaum hawa dengan tidak memandang mereka
jadilah pelindung kepada mereka dengan menambahkan ilmu dengan amalmu
supaya nanti apabila tiba masanya,
dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati
jadilah pelindung kepada mereka dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu
jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu
Lelaki yang pintar xkan sesekali gentar
apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya
kerana dia sedar itulah wanita sejati
yang mempunyai harga diri
yang takut pada Allah swt
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status "single"
kerana dia tahu dengan izinNya kelak
dia akan berjabat tangan dengan seorang wali
yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati
meskipun dengan niat yang suci
kerana dia sentiasa menyedari
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni
kerana dia mengakui
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"
ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati...
"kredit to ahli-ahli masjid al-Falah KMP gen 10/11"

indah nukilan niehh.. tol pe dy kta..
ReplyDelete